Print

Informasi IKM Lumut

Posted in KORPORAT

SEJARAH IKM LUMUT

IKM Lumut mula beroperasi pada tahun 1977. Ianya telah dirasmikan oleh Y.B tuan Hj. Abu Manan bin Othman P.P.T, Menteri Perusahaan Malaysia pada 23 Jun 1979. Pada peringkat awal terdapat hanya tiga jurusan sahaja yang dijalankan di IKM Lumut ini. Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut :-

1. Kimpalan Gas & Arka - 15 orang pelatih
2. Pemesinan Am - 15 orang pelatih
3. Elektrik - 15 orang pelatih

LOKASI DAN KELUASAN TAPAK

Kedudukan IKM Lumut terletak di Bandar Seri Manjung. Ianya berada dikawasan penempatan Pejabat-Pejabat Kerajaan Daerah Manjung. Keluasan tapak adalah seluas 46 ekar. 

ORGANISASI IKM LUMUT

Institut ini ditadbirkan oleh jawatankuasa Pengurusan yang dianggotai oleh Pengarah dan ahlinya terdiri Penolong Pengarah HEA, Penolong Pengarah KPHP, Penolong Pegawai Tadbir Kanan dan Ketua-Ketua Program.
Bahagian pentadbiran dikawalselia oleh Penolong Pengarah KPHP dan bahagian akademik dikawalselia oleh Penolong Pengarah HEA. Institut ini juga telah mewujudkan Unit Kaunseling yang dikawalselia oleh Pegawai Kaunseling & Kerjaya.

BILANGAN STAF

IKM Lumut adalah IKM yang kedua terbesar di Malaysia dengan dianggotai seramai 191 orang staf setakat 16 November 2017. Bilangan staf mengikut kedudukan tugas adalah seperti berikut :-

Staf Pentadbiran - 34 orang
Tenaga Pengajar Teknikal - 108 orang
Guru Pengajian Am : 36 orang
Juruteknik - 11 orang
Sambilan: 2 orang

VISI ORGANISASI

IKM Lumut akan menjadi sebuah pusat latihan kemahiran teknikal yang terulung di dunia bagi melahirkan tenaga mahir yang juga berpotensi untuk menjadi usahawan teknikal yang berjaya.

MISI ORGANISASI

Mewujudkan pengurusan yang aktif, berkualiti dan berwawasan bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar ke tahap terbaik.
Meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang sukan, kelab dan badan berpakaian seragam ketahap cemerlang.
Mewujudkan suasana yang kondusif bagi melahirkan warganegara yang inovatif dan kreatif.

SENARAI MANTAN PENGETUA / PENGARAH