Print

Piagam Pelanggan

Posted in KORPORAT

Penggunaan Infrastruktur

Setiap permohonan menggunakan infrastruktur di IKM dari agensi luar akan dimaklumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh menerima permohonan

Keputusan Pencapaian Pelajar

Keputusan Pencapaian Penilaian Pelajar akan dikeluarkan kepada ibu bapa atau penjaga dalam tempoh 2 minggu selepas Mesyuarat Senat IKM

Tempoh Menunggu Tawaran Sebut Harga

Pembekal atau Kontraktor yang berjaya mendapat tawaran sebut -harga akan dihubungi dalam masa 2 minggu dari tarikh tutup sebutharga

Tuntutan Perolehan & Perkhidmatan

Segala tuntutan pembayaran bagi perolehan dan perkhidmatan akan dibayar dalam tempoh 25 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap

Tuntutan Perjalanan

Tuntutan perjalanan staff IKM Lumut yang dibayar oleh pusat dan memenuhi syarat serta dokumen yang lengkap akan dibayar dalam tempoh 25 hari

Tempoh Layanan Kaunter

Setiap pelanggan yang berurusan dikaunter akan dilayan dalam masa 15 minit

Surat Permohonan

Setiap surat permohonan yang diterima dari pihak luar akan dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh terimaan surat berkenaan

Aduan

Setiap aduan yang diterima dari pihak luar akan diteliti dan diberi maklumbalas dalam tempoh masa 7 hari tertakluk kepada jenis aduan

Pembangunan Sahsiah

Setiap pelajar akan mengikuti program pembangunan sahsiah yang akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali dalam satu semester

Tempoh Pendaftaran Pelajar

Pendaftaran pelajar akan disempurnakan dalam tempoh masa 45 minit dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap

Tempoh Proses Elaun

Pemprosesan elaun pelajar akan disempurnakan dalam tempoh masa 3 bulan dengan syarat semua dokumen memenuhi syarat yang ditetapkan