Print

Perutusan Pengarah

Posted in KORPORAT

 

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T saya lafazkan kerana dengan limpah kurnianya IKM Lumut telah dapat membangunkan Laman Web Rasminya yang bertujuan untuk penyebaran dan perkongsian maklumat kepada semua pengunjung laman web ini.

IKM Lumut berhasrat untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan berinovatif selaras dengan namanya sebagai sebuah institusi kemahiran yang terkenal di Daerah Manjung.  Lanjutan daripada itu matlamat akhir adalah untuk memastikan pelajar yang dilahirkan oleh IKM Lumut ini berjaya di dunia dan di akhirat melalui kaedah dan proses pembelajaran yang terancang daripada aspek kemahiran berfikir, bertindak serta pembentukan sahsiah diri yang mempunyai nilai-nilai murni.

Kepada semua wargakerja IKM Lumut, marilah sama-sama kita berpadu tenaga dan berganding bahu dengan memberi buah fikiran dan cetusan minda bagi merealisasikan hasrat yang dicita-citakan oleh kita semua tercapai.  Saya juga mengalu-alukan dan amat menghargai  segala cadangan buah fikiran para pengunjung laman laman web ini agar ianya dapat dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

Terima Kasih dan Wassalam.

 

Haji Abdul Halim bin Mamat

Pengarah

Institut Kemahiran MARA Lumut

20 Januari 2016