Print

TAJAAN

Posted in AKADEMIK

Dasar Tajaan

Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.

Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.

"Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966"

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

  • Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
Print

INKUBATOR

Posted in AKADEMIK

PENGENALAN

Program ini ingin menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri pelajar-pelajar IKM dan menceburi bidang keusahawanan. Ini secara tidak langsung  memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar IKM yang sudah tamat pengajian dalam dunia perniagaan yang sebenar.

MISI

  • Melahir, membentuk dan membangun usahawan teknikal yang berinovasi dan berkualiti. 
  • Melahirkan lebih ramai usahawan baru teknikal ( lepasan IKM/ KKTM) yang berketrampilan , berdaya saing dan berdaya tahan dipasaran domestik dan antarabangsa.

ARAHAN & KEPERLUAN

  • Setiap IKM perlu memperkenalkan program ini.
  • Program ini mempunyai dua bahagian iaitu peringkat IKM (pelajar semester 3 yang baru tamat pengajian) dan PMN  ( Bekas pelajar yang telah lama tamat) 
  • Tapak hendak disediakan oleh pihak IKM masing-masing. 
  • Program ini adalah dirancang oleh pihak BPL(K)dan kerjasama bersama dengan pihak BBU, FITEC,dan SIRIM.

CALON - CALON  

  1. Bekas pelajar-pelajar IKM ( semester 3 tahun ini). Pelajar ini akan dikecualikan daripada Latihan dalam loji. 
  2. Jumlah pelajar terlibat dalam program ini adalah tiga orang.

TEMPOH & PERLAKSANAAN

  • Tempoh program ini 1 tahun sehingga 3 tahun.
  • Setiap IKM hanya menjalankan satu kursus sahaja berpotensi yang  dalam perniagaan.
  • Program yang bakal dijalankan mengikut zon  
    1. Lumut
    2. Tasya
    3. J.B
    4. Besut
    5. Beseri
  • Perlaksanaan sekurang-kurangnya bermula bulan Julai 2006.
  • Program ini akan diberi taklimat oleh En Alias Muda secara berperingkat-peringkat ke IKM. 
Print

Kokurikulum

Posted in AKADEMIK

LATAR BELAKANG

Aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan di IKM Lumut adalah berdasarkan kepada Buku Panduan Ko-Kurikulum KKTM/IKM yang telah dikeluarkan oleh   BPLK pada Julai 2007. Ko-kurikulum dibahagikan kepada 2 Modul Teras iaitu:

  • Khidmat Masyarakat  - Diperlukan selama 20-30 jam
  • Kemahiran  -  Diperlukan selama 20-30 jam.

KATEGORI

  • PLAS - Pasukan Latihan Anggota Simpanan
  • KKDK - Kelab Keselamatan dan Kebakaran
  • JPA3 - Pasukan Pertahanan Awam
  • PPKL - Pasukan Pengakap Kelana
  • KTKD - Kelab Tae Kwan Do
  • KSLT - Kelab Silat
  • PBSM - Persatuan Bulan Sabit Merah

MASA LATIHAN

IKM Lumut menjalankan aktiviti ko-kurikulum pada setiap hari Rabu sebelah petang dari jam 2.45 petang hingga 4.45 petang.

TEMPAT LATIHAN

  • Kelab Kebakaran dan Keselamatan - Balai Bomba Seri Manjung
  • Pasukan Latihan Anggota Simpanan - TLDM Lumut
  • Kelab Perahu Layar - Persisiran pantai Lumut

JURULATIH

Aktiviti kokurikulum di IKM Lumut mempunyai dua cara latihan iaitu dilatih  sendiri oleh penyelaras kokurikulum dan AJK yang dilantik. Menggunakan jurulatih luar yang mana memerlukan kepakaran dan sijil tertentu seperti berikut:

  • PLAS  Pasukan Latihan Anggota Simpanan
  • KKDK Kelab Keselamatan dan Kebakaran
  • KTKD Kelab Tae Kwondo
  • KSLT  Kelab Seni Silat

KHIDMAT MASYARAKAT

Khidmat masyarakat yang dijalankan di IKM Lumut hanya untuk semester satu sahaja dimana mereka disyaratkan memperolehi perkhidmatan tersebut selama tidak kurang dari 20 jam sepanjang semester.

Perkhidmatan yang diperolehi adalah dari luar dan juga dalam IKM sendiri. Pengesahan khidmat masyarakat akan ditandatangan oleh orang yang mengendalikanya dan disahkan oleh Ketua Penyelaras ko-kurikulum

PERJALANAN KOKURIKULUM

  • Pelatih baru akan diberi taklimat tentang aktiviti ko-kurikulum dan membuat pemilihan mengikut keperluan quota semasa setiap ko-kurikulum pada minggu kedua selepas pendaftaran.
  • Semua ahli diwajibkan mendaftar dengan mengisi Borang Pendaftaran Kokurikulum Pelatih Baru.
  • Aktiviti harian pada setiap petang hari Rabu bermula dengan pelatih akan berkumpul terus di ko-kurikulum yang telah ditetapkan oleh kelab itu sendiri. Ini bertujuan untuk mengambil kedatangan ahli.
  • Penerangan diberikan kepada ahli aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Aktiviti yang dijalankan ada yang berbentuk kumpulan besar dan  berkumpulan kecil atau berbentuk pasangan dan individu. Ianya bergantung kepada jenis kokurikulum tersebut. 
  • Semua ahli diminta mecatitkan aktiviti yang telah dilakukan didalam Buku Kecil Aktiviti ko-kurikulum dan disahkan oleh penyelaras ko tersebut.