Print

PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN

Posted in Fasiliti

Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) IKM Lumut di Bangunan Integrasi dilengkapi dengan prasarana yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan. PSP IKM Lumut dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di IKM Lumut. Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga IKM yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan misi dan visi IKM Lumut.

MISI PSP IKM Lumut
  • Melahirkan warga IKM yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan dan kegiatan berkaitan melalui penyediaan prasarana yang sempurna.
VISI PSP IKM Lumut
  • Menjadikan PSP IKM Lumut sebagai Pusat Maklumat lengkap dan berteknologi tinggi.

OBJEKTIF PSP IKM Lumut

  • Menyediakan koleksi yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan
  • Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
  • Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.

PERKHIDMATAN 

Perkhidmatan Pinjaman & Pemulangan
 
Warga IKM Lumut  boleh meminjam bahan sehingga 30 hari 
 
Warga IKM Lumut yang gagal memulangkan bahan mengikut waktu yang telah ditetapkan dan berlaku kehilangan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
  • 10 sen sehari untuk 1 buku (Lewat sehingga 14 hari)
  • 20 sen sehari untuk 1 buku (Lewat dari hari ke 15 ke atas)
 
Perkhidmatan Internet/Wi-Fi
PSP IKM Lumut keseluruhannya dilengkapi dengan kemudahan internet/wifi bagi membantu pengguna membuat pencarian maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Pengguna boleh melayari internet tanpa had pada mana-mana bahagian di perpustakaan.
 
Bilik Perbincangan
PSP IKM Lumut juga ada menyediakan 1 bilik perbincangan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu-satu masa dan pengguna boleh membuat permohonan dan tempahan di kaunter PSP.
 
Makmal Internet
Pihak PSP menyediakan sebuah makmal internet yang mempunyai 11 biji komputer khas untuk kegunaan warga IKM Lumut. Pengguna boleh membuat permohonan dan tempahan di kaunter PSP. 
 
KOLEKSI

PSP IKM Lumut mempunyai koleksi bahan bercetak seperti berikut:

  1. Majalah
  2. Majalah berjilid
  3. Surat Khabar
  4. Tesis / Projek Pelajar
  5. Soalan Peperiksaan
  6. Risalah (Organisasi Kerajaan & Swasta)
  7. Buletin (Organisasi Kerajaan & Swasta)
  8. Prospektus Universiti (Tempatan & Luar Negara)

PERATURAN 

Semua pengguna yang menggunakan PSP IKM Lumut perlu mematuhi peraturan perpustakaan seperti berikut:

  • Diwajibkan memakai Kad Pelajar/Staf atau Kad Pelawat bagi pengguna luar serta berpakaian kemas di sepanjang masa berada di perpustakaan.
  • Dilarang membawa masuk barang seperti beg, bungkusan, fail bertutup, jaket, payung, topi keledar dan senjata. Hanya kertas dan alat tulis sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan menempah tempat duduk. Semua buku dan peralatan yang ditinggalkan melebihi 15 minit di atas meja akan dipindahkan oleh kakitangan yang bertugas bagi membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
  • Mesti berkelakuan baik dan dilarang sama sekali merokok, makan, minum, menggunakan telefon bimbit, tidur dan menganggu pengguna lain.
  • Dilarang memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
  • Dilarang meludah dan membuang sampah merata-rata di dalam perpustakaan.
  • Dilarang menggunting atau memotong sebarang artikel daripada majalah, buku, jurnal, risalah atau suratkhabar.
  • Dilarang menconteng, melukis, menampal apa-apa poster dan mengubahsuai kedudukan susunatur perabut dan peralatan termasuk menambah bilangan kerusi, meja dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan yang bertugas.
  • Pengguna adalah dilarang meninggalkan buku yang telah digunakan di atas meja dan buku yang telah dikeluarkan dari rak hendaklah diletakkan di atas troli yang telah disediakan.
  • Pengguna adalah dilarang membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.
  • Pengguna dibenarkan membawa komputer riba (laptop) ke dalam perpustakaan.  Beg komputer hendaklah ditinggalkan di luar perpustakaan.
  • Semua barang kepunyaan pengguna yang ditinggalkan di luar atau dibawa masuk ke dalam perpustakaan adalah atas tanggungjawab pengguna itu sendiri. Pihak PSP IKM Lumut tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku terhadap barang tersebut.
  • Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.
  • Peraturan-peraturan yang telah dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa yang akan ditentukan oleh Ketua Pustakawan.