Pihak IKM Lumut menyediakan 1 padang bola sepak yang menepati piawaian KBS. Kedudukannya yang hampir dengan kafe dan Bangunan Integrasi amat sesuai untuk persediaan sebelum perlawanan atau sebarang acara yang diadakan di atas padang tersebut.
Gelanggang bola tampar disediakan oleh pihak IKM Lumut. kedudukannya yang berdekatan dengan pagar memudahkan jika ada penonton yang mahu menyaksikan perlawanan dari luar.
Dengan menekankan ciri-ciri keselamatan, privasi dan keselesaan pelajar, blok aspura (Asrama Putera) IKM Lumut mampu menempatkan seramai 1000 orang pelajar. Setiap bilik berlainan saiz dikhaskan untuk 4 hingga 10 orang pelajar sahaja. Aspura mempunyai 5 blok yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas. Blok aspuri (Asrama Puteri) IKM Lumut pula mampu menempatkan seramai 200 orang pelajar. Setiap bilik berlainan saiz dikhaskan untuk 4 hingga 10 orang pelajar sahaja. Aspuri mempunyai 1 blok yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.
Dewan Anwar mampu memuatkan sehingga 1000 orang pada satu masa. Ianya dilengkapi dengan kemudahan seperti gelanggang badminton serta alat audio video yang mampu membantu untuk melicinkan satu-satu program yang diadakan di dalamnya.
Kafe yang terletak di Dataran Biru ini mempunya ruangan khas untuk tetamu dan pelajar. Ruangan Dataran Biru yang luas mampu memuatkan sehingga 100 orang pada satu - satu masa.
Di kafe ini juga disediakan kantin untuk pelajar dan staff membeli makanan yang biasanya beroperasi sehingga tengah hari.
Pada 24 Mac 1983, Koperasi Institut Kemahiran MARA Lumut telah ditubuhkan dengan matlamat untuk membangunkan gerakan koperasi di kalangan pelajar dan kakitangan agensi tersebut. Diketuai oleh Pengerusi dan sebelas lagi ahli Lembaga, pihak Koperasi telah berjaya menceburi bidang- bidang perniagaan seperti pengurusan dewan makan, kedai runcit dan penyewaan premis sebagai sumber ekonominya. Keahlian dibuka hanya kepada pelajar dan kakitangan Institut Kemahiran MARA Lumut. Pengkhususan kepada aktiviti perkhidmatan telah menjadi teras utama perniagaan koperasi.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
• Dewan Makan - Makanan disediakan untuk tiga menu pada harga RM 3.65 sehari bagi setiap pelajar
• Dobi - bayaran bulanan hanya RM 4.00 bagi setiap pelajar
• Kad matriks - kad matriks bermutu tinggi lengkap dengan bar code
• Cyber Café - sebanyak 20 buah computer lengkap berhawa dingin berdekatan asrama
• Kursus computer - disediakan di Cyber Café
• Jualan setem, kad telefon prabayar, faksimili, fotostat dan jualan tiket bas pada musim perayaan
• Sewaan rumah kediaman - tiga buah rumah teres berjumlah hampir RM 50,000.00 sebuah untuk disewakan kepada IKM Lumut. (Pembelian menggunakan TMP JPK)
• Tele siswa (Call Point TM)
• Kemudahan pendahuluan pembelian pakaian ko korikulum
• Mesin 'Energy Water' dan penyediaan 'water cooler' di asrama.
Pusat Pelajar yang telah diilhamkan oleh mantan Pengarah Tuan Haji Ishak Zakaria dahulunya merupakan bilik pengajar Pengajian Am (Matematik). Bangunan tersebut telah ditransformasikan sebagai kawasan di mana pelajar dapat menjalankan aktiviti keusahawanan, perbincangan serta bersantai dengan lebih selesa.
Antara tujuan Pusat Pelajar diwujudkan adalah untuk
1. Melatih dan mendidik dalam semangat keusahawanan (Kafe diuruskan oleh pelajar sendiri)
2. Menyediakan ruangan untuk aktiviti belajar, indoor game serta cyber café
3. Menyediakan ruangan untuk Wayang Pacak
4. WIFI Hotspot
Di masa hadapan IKM Lumut merancang untuk meluaskan lagi penggunaan Pusat Pelajar untuk ruangan artis jalanan, kawasan perbahasan serta pidato dan lain - lain lagi.
Surau IKM Lumut mampu memuatkan sehingga 500 jemaah pada satu masa. Lokasi surau tersebut amat dekat dengan asrama bagi memudahkan pelajar datang ke surau. Antara aktiviti yang dijalankan di Surau IKM adalah
• Bacaan Yaasin dan Kuliah Agama Bulanan
• Kuliah Maghrib pada setiap malam
• Kem Solat yang diadakan pada setiap semester
• Solat Terawih pada setiap tahun
Surau IKM Lumut telah dibina oleh pelajar pada tahun 70an yang mana binaannya masih kukuh dan tidak menggunakan tiang seri.
Dewan Theater Bangunan Integrasi mampu memuatkan sehingga 300 orang pada satu-satu masa. Kemudahan audio video juga disediakan bagi membantu program yang dijalankan di dalamnya.
Pusat Sumber Pembelajaran (PSP) IKM Lumut di Bangunan Integrasi dilengkapi dengan prasarana yang terkini bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pengguna perpustakaan. PSP IKM Lumut dikategorikan sebagai perpustakaan akademik yang bertindak sebagai organisasi yang menyokong pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar dan kakitangan di IKM Lumut. Matlamat utama penubuhan perpustakaan ini ialah untuk mewujudkan warga IKM yang berpengetahuan, berilmu dan bermaklumat sejajar dengan misi dan visi IKM Lumut.
MISI PSP IKM Lumut
   â€¢ Melahirkan warga IKM yang bermaklumat, berpengetahuan dan berilmu menerusi pembacaan dan kegiatan berkaitan melalui penyediaan prasarana yang sempurna.
VISI PSP IKM Lumut
   â€¢ Menjadikan PSP IKM Lumut sebagai Pusat Maklumat lengkap dan berteknologi tinggi.
OBJEKTIF PSP IKM Lumut
   â€¢ Menyediakan koleksi yang bermutu dan berkualiti kepada pengguna perpustakaan
   â€¢ Menyediakan perkhidmatan maklumat yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan.
   â€¢ Menyediakan prasarana yang lengkap dan sempurna kepada pengguna perpustakaan.
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Pinjaman & Pemulangan
Warga IKM Lumut boleh meminjam bahan sehingga 30 hari
Warga IKM Lumut yang gagal memulangkan bahan mengikut waktu yang telah ditetapkan dan berlaku kehilangan, kadar denda yang dikenakan adalah seperti berikut:
   â€¢ 10 sen sehari untuk 1 buku (Lewat sehingga 14 hari)
   â€¢ 20 sen sehari untuk 1 buku (Lewat dari hari ke 15 ke atas)
Perkhidmatan Internet/Wi-Fi
PSP IKM Lumut keseluruhannya dilengkapi dengan kemudahan internet/wifi bagi membantu pengguna membuat pencarian maklumat dengan lebih mudah dan pantas. Pengguna boleh melayari internet tanpa had pada mana-mana bahagian di perpustakaan.
Bilik Perbincangan
PSP IKM Lumut juga ada menyediakan 1 bilik perbincangan yang boleh memuatkan 6 orang pada satu-satu masa dan pengguna boleh membuat permohonan dan tempahan di kaunter PSP.
Makmal Internet
Pihak PSP menyediakan sebuah makmal internet yang mempunyai 11 biji komputer khas untuk kegunaan warga IKM Lumut. Pengguna boleh membuat permohonan dan tempahan di kaunter PSP.
KOLEKSI
PSP IKM Lumut mempunyai koleksi bahan bercetak seperti berikut:
   1. Majalah
   2. Majalah berjilid
   3. Surat Khabar
   4. Tesis / Projek Pelajar
   5. Soalan Peperiksaan
   6. Risalah (Organisasi Kerajaan & Swasta)
   7. Buletin (Organisasi Kerajaan & Swasta)
   8. Prospektus Universiti (Tempatan & Luar Negara)
PERATURAN
Semua pengguna yang menggunakan PSP IKM Lumut perlu mematuhi peraturan perpustakaan seperti berikut:
   â€¢ Diwajibkan memakai Kad Pelajar/Staf atau Kad Pelawat bagi pengguna luar serta berpakaian kemas di sepanjang masa berada di perpustakaan.
   â€¢ Dilarang membawa masuk barang seperti beg, bungkusan, fail bertutup, jaket, payung, topi keledar dan senjata. Hanya kertas dan alat tulis sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
   â€¢ Tidak dibenarkan menempah tempat duduk. Semua buku dan peralatan yang ditinggalkan melebihi 15 minit di atas meja akan dipindahkan oleh kakitangan yang bertugas bagi membolehkan pengguna lain menggunakan tempat tersebut.
   â€¢ Mesti berkelakuan baik dan dilarang sama sekali merokok, makan, minum, menggunakan telefon bimbit, tidur dan menganggu pengguna lain.
   â€¢ Dilarang memindahkan bahan perpustakaan dari satu koleksi ke koleksi yang lain.
   â€¢ Dilarang meludah dan membuang sampah merata-rata di dalam perpustakaan.
   â€¢ Dilarang menggunting atau memotong sebarang artikel daripada majalah, buku, jurnal, risalah atau suratkhabar.
   â€¢ Dilarang menconteng, melukis, menampal apa-apa poster dan mengubahsuai kedudukan susunatur perabut dan peralatan termasuk menambah bilangan kerusi, meja dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada kakitangan yang bertugas.
   â€¢ Pengguna adalah dilarang meninggalkan buku yang telah digunakan di atas meja dan buku yang telah dikeluarkan dari rak hendaklah diletakkan di atas troli yang telah disediakan.
   â€¢ Pengguna adalah dilarang membuat bising sehingga menganggu pengguna lain.
   â€¢ Pengguna dibenarkan membawa komputer riba (laptop) ke dalam perpustakaan. Beg komputer hendaklah ditinggalkan di luar perpustakaan.
   â€¢ Semua barang kepunyaan pengguna yang ditinggalkan di luar atau dibawa masuk ke dalam perpustakaan adalah atas tanggungjawab pengguna itu sendiri. Pihak PSP IKM Lumut tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang berlaku terhadap barang tersebut.
   â€¢ Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pengguna yang melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan.
   â€¢ Peraturan-peraturan yang telah dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa yang akan ditentukan oleh Ketua Pustakawan.
WAKTU PERKHIDMATAN
   â€¢ Isnin Hingga Jumaat
   â€¢ 8 Pagi hingga 1 Tengah hari
   â€¢ 2 Petang hingga 5 Petang
Bagi pelajar yang tidak mampu untuk menggunakan perkhidmatan komputer atau internet, IKM Lumut telah menyediakan sebuah makmal komputer berinternet di dalam Perpustakaan bagi kegunaan pelajar terbabit. Terdapat 11 biji komputer yang disambung terus ke Internet bagi melaksanakan tujuan tersebut. Makmal ini juga sesuai digunakan bagi tujuan latihan kepada pelajar dan staff untuk program-program khas yang memerlukan sambungan internet.