INFORMASI IKM LUMUT

SEJARAH IKM LUMUT

IKM Lumut mula beroperasi pada tahun 1977. Ianya telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Abu Manan bin Othman P.P.T,
Menteri Perusahaan Malaysia pada 23 Jun 1979.
Pada peringkat awal terdapat hanya tiga jurusan sahaja yang dijalankan di IKM Lumut ini.
Kursus-kursus tersebut adalah seperti berikut :-

1. Kimpalan Gas & Arka - 15 orang pelatih
2. Pemesinan Am - 15 orang pelatih
3. Elektrik - 15 orang pelatih

LOKASI DAN KELUASAN TAPAK

Kedudukan IKM Lumut terletak di Bandar Seri Manjung. Ianya berada dikawasan penempatan pejabat-pejabat kerajaan daerah Manjung.
Keluasan tapak adalah seluas 46 ekar.
 

ORGANISASI IKM LUMUT

Institut ini ditadbir oleh jawatankuasa pengurusan yang dianggotai oleh Pengarah dan ahlinya terdiri daripada Timbalan Pengarah HEA, Timbalan Pengarah KPHP,
Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Program.

Bahagian pentadbiran dikawalselia oleh Timbalan Pengarah KPHP dan bahagian akademik dikawalselia oleh Timbalan Pengarah HEA. 

 

BILANGAN STAF

IKM Lumut adalah IKM yang kedua terbesar di Malaysia dengan dianggotai seramai 181 orang staf setakat Julai 2022.
Bilangan staf mengikut kedudukan tugas adalah seperti berikut :-

Staf Pentadbiran - 34 orang
Tenaga Pengajar Teknikal - 103 orang
Guru Pengajian Am : 34 orang
Juruteknik - 10 orang