Pemprosesan elaun pelatih akan diuruskan dalam masa tiga bulan bagi yang memenuhi syarat yang ditetapkan
Menyediakan kemudahan pengangkutan yang diperlukan setiap hari
Menyediakan ruang untuk pelajar mengulangkaji pelajaran sepanjang masa di asrama
Setiap pelajar yang mendaftar akan diuruskan penempatannya di asrama dalam tempoh 45 minit
Menyediakan kemudahan peralatan bengkel dan bahan yang mencukupi sepanjang tempoh latihan
Semua pelajar akan diberi kemudahan tempat tinggal yang selesa dan sempurna semasa berada di IKM
Menyediakan segala kemudahan untuk bersukan dan beriadah pada setiap petang dan hujung minggu
Menyediakan tempat beribadat dan mengatur program kerohanian sepanjang berada di IKM
Setiap pelanggan yang berurusan dengan kaunter akan dilayan dalam masa 10 minit
Memberi segala kemudahan asas dan kebajikan kepada semua warga IKM sepanjang tempoh perkhidmatan di IKM Lumut
Bersedia memberi perkhidmatan kepada masyarakat setempat pada bila bila masa yang diperlukan mengikut kemampuan
Mengeluarkan keputusan penilaian pelajar setiap sesi dalam tempoh satu minggu selepas mensyuarat senat IKM