UTUSAN PENGARAH

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T saya lafazkan kerana dengan pembangunan laman web rasmi IKM Lumut, ia dapat membantu penyebaran dan perkongsian maklumat
kepada semua pengunjung laman web ini dan pemegang taruhnya.

IKM Lumut berhasrat untuk melahirkan para pelajar yang kreatif dan berinovatif selaras dengan namanya sebagai sebuah institusi kemahiran yang terkemuka di Daerah Manjung.
Lanjutan daripada itu matlamat akhir adalah untuk memastikan pelajar yang dilahirkan oleh IKM Lumut ini berjaya di dunia dan di akhirat melalui kaedah dan proses pembelajaran arus perdana bagi memenuhi aspirasi pelaksanaan IR4.0.

Kepada semua wargakerja IKM Lumut, marilah sama-sama kita berpadu tenaga dan berganding bahu dengan memberi buah fikiran dan cetusan minda bagi merealisasikan hasrat yang dicita-citakan oleh kita semua tercapai.
Saya juga mengalu-alukan dan amat menghargai  segala cadangan buah fikiran para pengunjung laman web ini agar ianya dapat dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa demi kebaikan bersama.

Terima kasih dan wassalam.

 

En. Lukman Hakim Bin Hasan
Pengarah Institut Kemahiran MARA Lumut