12:32:18 PM

FAQ

SOALAN-SOALAN LAZIM 

 

Q1: Bolehkah pemohon bukan bumiputera untuk memohon kemasukan ke IKM?

A1: Permohonan kemasukan ke IKM hanya terbuka kepada bumiputera sahaja.

 

Q2: Berapakalikah pengambilan pelajar di IKM dalam setahun?

A2: Pengambilan pelajar bagi program sijil diadakan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada sesi Januari – Jun dan juga pada Julai – Disember.

 

Q3: Apakah program yang ditawarkan di IKM Lumut dan berapa lamakah tempoh pengajian bagi setiap program?

A3: Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan dan jangkamasa program sila klik http://tvetmara.edu.my/booklet/ikm/index-h5.html

(page 6)

 

Q4: Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan ke IKM Lumut?

A4: Permohonan perlu dibuat secara online dan anda boleh terus melayari https://tvetmara.edu.my/ atau http://apponline.mara.gov.my/spupim/ . Permohanan secara online akan dibuka pada awal bulan September bagi kemasukan sesi Januari – Jun dan bulan Mac bagi kemasukan sesi Julai – Disember.

 

Q5: Bagaimanakah saya mahu menyemak status permohonan saya samada berjaya/tidak?

A5: Sekiranya anda mahu menyemak status permohonan samada berjaya/tidak, anda perlu melayari website https://tvetmara.edu.my/  dan pihak MARA akan menghantar keputusan permohonan melalui SMS .

 

Q6: Berapakah yuran yang perlu dibayar sekiranya berminat untuk memasuki IKM Lumut?

A6: Yuran pengajian dibiayai sepenuhnya oleh MARA .

 

Q7: Berapakah jumlah elaun yang diterima dan untuk tempoh berapa lama?

A7: Elaun yang akan diterima oleh pelajar program diploma ialah RM300 bagi tempoh 3 tahun pengajian dan pelajar sijil akan menerima elaun RM250 bagi tahun 2 tahun pengajian.

 

Q8: Apakah syarat kelayakan yang diperlukan sekiranya berminat untuk memohon belajar di IKM Lumut?

A8: Syarat kelayakan adalah berbeza bagi sesuatu program yang dipilih. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat kelayakan, sila klik http://tvetmara.edu.my/booklet/ikm/index-h5.html (page 17 - 74)

 

Q9: Bagaimanakah caranya untuk saya memohon memasuki IKM Lumut sekiranya tarikh permohonan secara online telah ditutup?

A9:  Jika tarikh permohonan secara online telah ditutup, pelajar boleh melayari website IKM Lumut   https://lumut.ikm.edu.my/images/gambar/borang/BORANG-PERMOHONAN-MANUAL-IKM-LUMUT---Kemaskini-7.3.2019.pdf dan cetak borang permohonan, lengkapkan dan poskan ke IKM Lumut.

 

Q10: Bagaimanakah caranya untuk bekas pelajar memeriksa keputusan peperiksaan secara online?

A10: Pelajar boleh memeriksa keputusan peperiksaan secara online melalui website https://tvetmara.edu.my/result .

 

Q11: Bagaimanakah caranya untuk bekas pelajar mendapatkan sijiL IKM sekiranya tidak dapat menghadiri upacara konvokesyen? Bolehkah mendapatkannya melalui pos?

A11: Sekiranya pelajar tidak dapat menghadiri konvokesyen, pelajar boleh  mendapatkan sijil di pusat masing-masing selepas tarikh konvokesyen dengan bayaran RM50. Jika memerlukan pihak IKM menghantar sijil secara pos, kos penghantaran perlulah ditanggung oleh pihak pelajar.

 

Q12:  Adakah semua pelajar diwajibkan duduk di asrama? Sekiranya pelajar ingin duduk bersama ibubapa, bagaimanakah proses permohonan yang perlu dibuat?

A12: Pelajar semester satu diwajibkan untuk tinggal di asrama. Sekiranya pelajar ingin tinggal bersama ibubapa, pelajar perlu mendapatkan kebenaran dari ibubapa, sokongan dari ketua program serta kelulusan dari pengarah. Pelajar boleh mengisi Borang Permohonan Untuk Tinggal Di Luar (IKML/AS003) yang boleh didapati di pejabat Pengurusan Asrama.

 

Q13: Adakah para pelajar dibenarkan membawa kenderaan sendiri ?

A13: Pelajar semester satu tidak digalakkan membawa kenderaan sendiri. Hanya pelajar kanan (semester ke-2 dan ke atas) dibenarkan membawa kenderaan sendiri dengan kebenaran dan perlu mengisi borang permohonan yang boleh didapati di pejabat pengurusan asrama. Pelajar juga wajib melekatkan sticker kenderaan yang boleh dibeli daripada pihak warden asrama.

 

Q14: Adakah IKM Lumut menawarkan program separuh masa?

A14: Tidak, kami hanya menawarkan program sepenuh masa.

 

Q15: Adakah IKM Lumut menawarkan program jangka pendek bagi pelajar sepenuh masa?

A15: Ya, untuk keterangan lanjut sila layari website http://lumut.ikm.edu.my .

 

Q16: Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak IKM Lumut?

A16: Anda boleh menghubungi pihak IKM Lumut di talian

no. tel :05- 6884401        no. fax : 05 – 6883909

ataupun melalui email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

ataupun boleh terus ke alamat:

 

Institut Kemahiran MARA Lumut

Jalan Dato’ Seri Kamaruddin

32040, Seri Manjung                                                                                              

Perak

 

 

Q17: Adakah semua program di IKM Lumut  menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia?

A17: Semua program di IKM Lumut menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia kecuali Program Sijil Teknologi Bekalan Air dan Pembentungan. Untuk keterangan lanjut, sila layari  website http://lumut.ikm.edu.my.

 

Q18: Adakah wujud ALUMNI IKM Lumut bagi bekas pelajar?

A18: Ya, anda boleh menyertai ALUMNI IKM Lumut melalui  https://www.facebook.com/groups/ikmlalumni

 

Q19: Adakah pelajar IKM Lumut dilindungi insurans?

A19: Ya, semua pelajar dilindungi oleh insurans Takaful.

 

Q20: Adakah graduan lepasan IKM Lumut berpeluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi?

A20: Semestinya, graduan boleh melayari website IKM Lumut di  http://lumut.ikm.edu.my/images/gambar/borang/SYARAT-KEMASUKAN-KE-IKM-LUMUT---Kemaskini-7.3.2019.pdf